Pada 17/5/2010 SK Taman Daya 2 telah mengadakan Sambutan Hari Guru di Dewan SKTD 2.Majlis bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10.30 pagi bagi sesi persekolahan pagi.Manakala sesi petang bermula pada 3.30 petang. Pelbagai aktiviti melibatkan pelajar dan guru-guru diadakan. Persembahan individu para pelajar yang menyampaikan lagu-lagu daripada penyanyi tersohor negara begitu menggamit suasana di dewan. Suasana bertambah gamat apabila tiba giliran guru-guru untuk membuat persembahan.Gambar-gambar di bawah dapat menggambarkan begitu meriahnya suasana semasa sambutan itu di jalankan.
PEMBERITAHUAN
Monday, May 17, 2010
Monday, May 10, 2010
Speed Test Schoolnet
*Info diperolehi daripada salah seorang rakan FS di Melaka.
Semua sekolah boleh menyemak kelajuan SchoolNet di sekolah masing-masing pada pautan dibawah ini. Sila lakukannya 3 kali sehari (Pagi, tengahari & petang). Dapatkan 'print screen'nya. Sekolah berkelajuan 4MB WAJIB menghantar laporan tersebut ke JPM manakala sekolah berkelajuan 1MB digalakkan melaksanakan perkara yang sama demi kebaikan bersama. Sila klik di sini
http://speedtest.gitn.net.my
Semua sekolah boleh menyemak kelajuan SchoolNet di sekolah masing-masing pada pautan dibawah ini. Sila lakukannya 3 kali sehari (Pagi, tengahari & petang). Dapatkan 'print screen'nya. Sekolah berkelajuan 4MB WAJIB menghantar laporan tersebut ke JPM manakala sekolah berkelajuan 1MB digalakkan melaksanakan perkara yang sama demi kebaikan bersama. Sila klik di sini
http://speedtest.gitn.net.my
Staf Am
STAF SOKONGAN BUKAN GURU
Nama Jawatan
Nama Jawatan
- Pn.Fazuraida bt Abdul Kadir Pembantu Tadbir
- Pn.Narimah bt Malik Pem.Pra Sekolah
- Cik Maisarah bt Abu Bakar Pembantu Tadbir
- Cik Zulaiha bt Zulkifli Pembantu Tadbir
- Pn.Norria bt Dawi Pembantu Tadbir
- Cik Rohani bt Md Amin Pembantu Tadbir
- Pn.Hjh. Salimah bt Mohd Omar Pembantu Am Rendah
- En.Mohd Khirul bin Othman Pembantu Am Rendah
- En.Abdullah bin Kassim Pembantu Am Rendah
- Cik Siti Rosilah Abdollah Fasilitator Schoolnet
Thursday, May 6, 2010
Pelajar Cemerlang UPSR 2009
- Mohammad Hazim Aiman bin Husnan
- Azmi Fahmi bin Zakaria
- Ryan Netto a/l Pedinand Netto
- Siti Amirah binti Abdul Rahim
- Hannan Al-Habshee bt Syed Abdul Hamid
- Jannatul Naimmah binti Asmadi
- Adleen Qareena binti Mohd Azreen
- Nur Syaza Aliah binti Samadi
- Najua Emelda Haki,mi binti Taib
Tuesday, May 4, 2010
BERITA SKTD (2)
- Sambutan Hari Guru 2010 pada 17 Mei 2010 17 May 2010
- Speed Test Schoolnet 10 May 2010
- Sambutan Hari Guru 2010 4 May 2010
Monday, May 3, 2010
PERATURAN MAKMAL
PERATURAN ASAS PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
- Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan
- Pengguna dilarang membuang bising , berlari-lari ,bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
- Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
- Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
- Kasut dan beg diletak diluar dan disusun dengan rapi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
- Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
- Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat , kaum, dan negara (JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
- Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
- Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
- Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
- Tidak dibenarkan menggunakan makmal semas hujan atau kilat.
- Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
- Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas, lampu,kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
- Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.