Komputer diperkenalkan disekolah ini pada januari 2002 dengan penerimaan bekalan komputer Fasa 2 daripada MIMOS sebanyak 21 unit dan 2 unit pencetak. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di Makmal Komputer yang terletak di Blok A. Guru-guru dan murid diberiakan pendedahan secukupnya tentang penggunaan computer bagi memastikan peralatan yang dibekalkan dapat digunakan pada tahap optimum
Pada awal tahun 2004, projek naiktaraf makmal Fasa 2 telah dilakukan yang mana sekolah telah menerima :
Satu unit Pelayan (server) MIMOS
LCD Projektor dan skrin
Printer HP colour laserjet 2550n
Sistem penggera
Beserta dengan penerimaan pelayan, sekolah turut dilengkapi dengan capaian internet menerusi projek schoolnet. Capaian internet ini telah membolehkan guru-guru dan murid untuk mencari maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaan dengan lebih mudah dan meluas
April 2006, sekolah mendapat CD Writer serta satu cakera keras mudah alih mengandungi bahan-bahan pembelajaran bagi subjek matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains. Bahan-bahan ini turut sama menyumbang dan menbantu dalam mewujudkan suasana pembelajaran interaktif, seterusnya menarik minat murid-murid dalam kelas.