Komputer diperkenalkan disekolah ini pada januari 2002
dengan penerimaan bekalan komputer Fasa 2 daripada MIMOS sebanyak 21 unit dan 2
unit pencetak. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di Makmal Komputer yang
terletak di Blok A. Guru-guru dan murid diberiakan pendedahan secukupnya
tentang penggunaan computer bagi memastikan peralatan yang dibekalkan dapat
digunakan pada tahap optimum
Pada awal tahun 2004, projek naiktaraf makmal Fasa 2 telah
dilakukan yang mana sekolah telah menerima :
Satu unit Pelayan (server) MIMOS
LCD Projektor dan skrin
Printer HP colour laserjet 2550n
Sistem penggera
Beserta dengan penerimaan pelayan, sekolah turut dilengkapi
dengan capaian internet menerusi projek schoolnet. Capaian internet ini telah
membolehkan guru-guru dan murid untuk mencari maklumat berkaitan pengajaran dan
pembelajaan dengan lebih mudah dan meluas
April 2006, sekolah mendapat CD Writer serta satu cakera
keras mudah alih mengandungi bahan-bahan pembelajaran bagi subjek matematik,
Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sains. Bahan-bahan ini turut sama menyumbang
dan menbantu dalam mewujudkan suasana pembelajaran interaktif, seterusnya
menarik minat murid-murid dalam kelas.
0 comments:
Post a Comment