PEMBERITAHUAN

Pertandingan menghasilkan poster Kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi PHOTOSCAPE.Terbuka kepada pelajar Tahun 4,5 dan 6. Sebarang pertanyaan boleh berjumpa dengan Fasilitator Schoolnet di Makmal Komputer.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh warga SKTD2 dan seluruh umat islam di seluruh dunia

Marquee Generator

Thursday, December 31, 2020

Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2, atau SKTD2 telah dibuka rasminya pada tanggal 25 Jun 2001. SKTD2 merupakan sekolah rendah kebangsaan kedua bagi kawasan perumahan Taman Daya, Johor Bahru. Ia dibuka sebagai sekolah alternatif kerajaan kepada masyarakat Taman Daya dan Taman Delima 2 untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan bagi anak-anak masyarakat di sini khasnya kepada mereka yang tinggal di Jalan Nipah, Rumbia dan Taman Delima 2.SKTD2 telah didirikan di atas sebidang tanah lot 19821(PA 50141) dengan keluasan 25 hektar. Kawasan ini dahulunya merupakan ladang getah Mount Austin. Pada penghujung tahun 1980-an ladang getah ini telah dibeli oleh Syarikat Kek Sheng dan dibangunkan sebagai kawasan perumahan kos sederhana. Projek tersebut meliputi kawasan Taman Delima 1 hinggalah ke Pencawang Telekom Pandan, Johor Bahru. Kerja-kerja pembinaan sekolah telah dimulakan pada pertengahan tahun 1999 oleh Syarikat Kontraktor Zainal & Din Construction SDN.BHD. dan siap dibina siap pada pertengahan tahun 2001.

Penyerahan kunci telah dilakukan pada 25 Julai 2001 dengan termeterainya satu perjanjian da antara pihak kontraktor dengan pihak pentadbir SKTD2. Upacara penyerahan kunci telah disaksikan oleh En. Zainuddin B Ali, wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Johor Bahru serta wakil daripada Jabatan Kerja Raya. Pada sesi tahun persekolahan dibuka, pihka pentadbir menawarkan pengambilan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Daya 1 di Jalan Sagu yang tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah yang meliputi Jalan Nipah, Taman Delima, Jalan Rumbia dan Jalan Nibong. Selain itu, faktor kekurangan bilik darjah di sekolah tersebut mendorong kepada arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor agar sebahagian daripada para pelajar tersebut berpindah ke SKTD2.

Pada 6 Julai 2001, terdapat seramai 586 orang pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah mendaftar dan memulakan pengajaran dan pembelajaran pada 9 Julai 2001. Jawatan Guru Besar pertama SKTD2 disandang oleh Puan Hjh.Siti Zaleha Bt Abdul Manaf. Beliau dibantu oleh Guru Penolong Kanan , Puan Adibah bt Mohd Khalid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid(HEM), En.Che Bakar Bin Che Omar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Sharifah Kalsom Bt Syed Salleh dan 27 orang guru. Di samping itu, terdapat seramai 5 orang kakitangan sokongan. Kini, pada tahun 2010 seramai 58 orang guru telah berkhidmat di sekolah ini dengan dibantu oleh staf bukan sokongan seramai 7 orang.
Kemudahan yang terdapat di SKTD2 ialah dua bangunan 4 tingkat yang boleh digunakan sebagai bilik darjah, makmal sains, makmal komputer, bilik kemahiran hidup, pusat sumber, bilik muzik, pejabat, bilik SPBT, bilik kesihatan, bilik media,bilik guru, tandas,stor sukan,surau, bilik mesyuarat, bilik kaunseling, bilik persalinan pakaian dan bilik pemulihan. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan padang rumput bagi tujuan sukan dan permainan, dua buah gelanggang badminton/sepaktakraw serta medan tempat meletak basikal. SKTD2 juga boleh dihubungkan dengan jalan berturap juga dilengkapi kemudahan bekalan air, elektirk dan telefon. Di samping itu, sekolah juga dilengkapi dengan sebuah dewan yang dibina pada tahun 2005 dengan usahasama pihak PIBG sekolah secara berperingkat.
SKTD2 terdiri daripada sepuluh buah sekolah yang terbaik di dalam Daerah Johor Bahru dengan peratus keseluruhan calon yang lulus sebanyak 82.8%. Bagi tahun 2004, 9 orang pelajar pula telah memperolehi keputusan 5A daripada 117 orang calon. Peratus kelulusan pada tahun tersebut ialah 80.2%. Manakala pada tahun 2005, seramai 22 orang pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang 5A dengan peratus keseluruhan sebanyak 82.1%. Keputusan yang diperolehi pada tahun 2006, semakin meningkat dari sehi peratus keseluruhan sebanyak 84.3% dengan seramai 17 orang memperolehi keputusan cemerlang 5A. Bagi tahun 2007, SKTD2 telah menghasilkan keputusan yang cemerlang dengan peratus keseluruhan 83.2% dengan seramai 18 orang memperolehi 5A dan 19 orang memperolehi 4A 1B. Prestasi SKTD2 semakin menyerlah apabila memperolehi keputusan cemerlang pada tahun 2008 iaitu dengan 83.9% murid telah menguasai dengan seramai 18 orang memperolehi 5A dan 19 orang murid memperolehi 4A 1B.Dengan keputusan ini, SKTD2 telah berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan sekolah cemerlang dalam daerah Pasir Gudang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.95. Kecemerlangan SKTD2 berterusan secara kuantitinya seramai 22 orang murid berjaya cemerlang 5A dan 13 orang 4A 1B. Secara kualitinya, peratus keseluruhan telah merosot kepada 73.6% pada tahun 2009 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.16.
Adalah menjadi hasrat pentadbir dan guru-guru SKTD2 untuk mengurus sekolah ini menjadi antara sekolah contoh yang terkenal khasnya di Johor Bahru dan Malaysia amnya yang berjaya di bidang kurikulum dan kokurikulum selaras dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Untuk merealisasikan impian tersebut, masyarakat guru SKTD2 telah bertekad untuk bekerjasama dengan bersungguh-sungguh dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.semoga harapan dan impian warga SKTD2 akan menjadi kenyataan. Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment